Rabu, 26 Disember 2012

aisyah buat pangai gan ayah dye..

warhhh dh bpew ari menaip kt blog ny, ariny egt nk kongsi cite tntang my son siti nur aisyah umairah. panggelan pndek nye aisyah jew, ariny aq try msak kt dapor biar kn aisyah dgn ayah dye er2 wat pangai tol aisyah x tdow2 berak la muntah la mcm2 tol aisyah nye pangai hehehehe aq kt dapor ketawe je la yg mampu hbes nk wat cmner nk g tgok aisyah aq kotor plak ape x siang sotong,ayam,sayur n bahan2 nk msak laok2 tok mkn tgah ari..dh siap msak aq mandi pas 2 bru la tgok aisyah egat dh tidow upe2 nye xtdow lg, soh la my hubby wat kn susu tepung ckit sbb aq xsmpat nk pam susu bdan tok aisyah, er xnk mnom sgt  aisyah susu tepung 2 muntah lgi ade la ish geram tol tgok aisyah cam nk giget2..seb bek la aq ny xgeram cm 2 skali.....

Sabtu, 22 Disember 2012

gadoh gan siti nur aisyah umairah pasal xpuas susu badan

hampir2 lupew aryny nk wt blog dsebab kn puteri saye yg cntik sorg ny...aryny 1ary lawan brgadoh gan aisyah dsebab kn aisyah ngarok xpuas mnom susu bdan..bkn men payah lg aisyah nk isap susu bdan aryny allah jew la yg thu,,,mak mertua smpay wat kn susu tepung bru la aisyah nye nk tdow... aisyah2 pndai btol bnyak tuah dye...ayah aisyah plak aryny btol kn motor remote sbab bru dpt remote control dri abg dye yg xlme lg g PHD kt UK... apelg mang sonok r ayah aisyah aryny dry ptg smpai skunk ngadap jew kt dpan motor dye...hehehehe kadang2 ley ketawe aq sorg dok dpan lap ny....lg 1 aryny sonok dpat mkan rmai2 dgan adq bradeq my husband urmmmm xterkate la hppy sgt...

Jumaat, 21 Disember 2012

aisyah dah makin pandai wat perangai



dh sminggu dh ank ibu n ayah aryny, alhamdullillah g chek aryny kuning pown dh turon 6.2...dh sminggu ny cm2 cre dh aisyah buat huhuhu tgok mukew 2 sbijik cm ayh....mudah2han pas ny ank ibu n ayah sntiase ceat.......

Rabu, 19 Disember 2012

SITI NUR AISYAH UMAIRAH BINTI ERWAN SAIFUDDIN



 PADA 15/12/2012 TEPAT JAM 1:15:40 PETANG SITI NUR AISYAH UMAIRAH BINTI ERWAN SAIFUDDIN DILAHIRKAN DENGAN JAYANYA TANPA SEBARANG MASALAH, TAPI IBUNYA TERPAKSA DIBIUS DAN DIKEJARKAN KE BILIK OPERATION UNTUK MENGELUARKAN URI YANG MASIH MELEKAT DIDALAM RAHIM.... KIRA2 JAM 5:30 PETANG IBUNYA KELUAR DARI BILIK OPERATION UNTUK BEREHAT DI DALAM WAD.....

Selasa, 18 Disember 2012

kisah yg xkan aq lupekan ketika besalin.

15.12.12 


penggalaman yg paling indah dlm hdop aq,,,,,,first time aq besalin di temani suami yg pling aq syg n first time gek aq dpt bby gurlzzzz,,,,,uhuuuuu mang pengalamn taon 2012 ny amat bermakne la bg aq,,syg tq sbb syg mang brany teman ibu smase proses kelahiran ank perempuan kite yg bnme siti nur aisyah umairah binti erwan saifuddin,,,pas ny ibu hrap ksh n syg ayah pd ibu n ank2 xkan berbelah bgi,,,n ibu nk ayah syg ank 2 ibu yg 2org lg 2 cam ank kandong ayah lau pn skrg kte dh adew sita nur aisyah umairah.......smoge pas ny n ary2 yg mndtg ktew akn tetap brsame n bahagia dlm 1keluage yg pling bhagia,,,pad suamiku erwan saifuddin bin kasiman hanye kau milikku hingge slamenye,,,

Isnin, 12 November 2012



“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawa
kan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut 

dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa..,

. Kasih IBU Sepanjang Jalan

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. ibu menggoncang - goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. beras sudah hampir habis rupanya. pada siapa ibu hendak mengadu? ayah? saya tahu, ibu tidak memikirkan perkara itu. ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. saya lihat ibu ambil sedikit bera
s dari dalam tin susu itu, kemudian masukkannya ke dalam periuk. air dituang sehingga penuh. setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.. bubur nasi itu berasap, seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu. makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. malam itu kami tidur dengan nyenyaknya. pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. sekali lagi ibu membuat bubur yang cair. seperti smealam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup, tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami. tengah hari itu pun begitu, bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu menadah tangan bersyukur anak 0 anaknya tidak kebuluran. mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup susah, tetapi kami tidak meminta - minta. kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang. masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik beradik. saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mankik. saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau ibu tidak samapi untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan? perlahan - lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa - rupanya ibu hanya melaga - lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. tidak ada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya. kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekililingnya. adik - adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. kemudia kami seramai sepuluh beradik,sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu. kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga - lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami, seolah - olah ibu juga menikmati bubur nasi yang dimasaknya. setelah kami menghadiahkn sesudu bubur, saya lihat ibu mengesot mendekati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami berkongsi tadi. " makan lah mak!" kata kakak, perlahan.. ibu berpaling memandang kakak, tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. kami hanya mampu melihat titisan - titisan air mata ibu bercicran di lantai sehingga ke pintu.