Jumaat, 21 Disember 2012

aisyah dah makin pandai wat perangai



dh sminggu dh ank ibu n ayah aryny, alhamdullillah g chek aryny kuning pown dh turon 6.2...dh sminggu ny cm2 cre dh aisyah buat huhuhu tgok mukew 2 sbijik cm ayh....mudah2han pas ny ank ibu n ayah sntiase ceat.......

Rabu, 19 Disember 2012

SITI NUR AISYAH UMAIRAH BINTI ERWAN SAIFUDDIN



 PADA 15/12/2012 TEPAT JAM 1:15:40 PETANG SITI NUR AISYAH UMAIRAH BINTI ERWAN SAIFUDDIN DILAHIRKAN DENGAN JAYANYA TANPA SEBARANG MASALAH, TAPI IBUNYA TERPAKSA DIBIUS DAN DIKEJARKAN KE BILIK OPERATION UNTUK MENGELUARKAN URI YANG MASIH MELEKAT DIDALAM RAHIM.... KIRA2 JAM 5:30 PETANG IBUNYA KELUAR DARI BILIK OPERATION UNTUK BEREHAT DI DALAM WAD.....

Selasa, 18 Disember 2012

kisah yg xkan aq lupekan ketika besalin.

15.12.12 


penggalaman yg paling indah dlm hdop aq,,,,,,first time aq besalin di temani suami yg pling aq syg n first time gek aq dpt bby gurlzzzz,,,,,uhuuuuu mang pengalamn taon 2012 ny amat bermakne la bg aq,,syg tq sbb syg mang brany teman ibu smase proses kelahiran ank perempuan kite yg bnme siti nur aisyah umairah binti erwan saifuddin,,,pas ny ibu hrap ksh n syg ayah pd ibu n ank2 xkan berbelah bgi,,,n ibu nk ayah syg ank 2 ibu yg 2org lg 2 cam ank kandong ayah lau pn skrg kte dh adew sita nur aisyah umairah.......smoge pas ny n ary2 yg mndtg ktew akn tetap brsame n bahagia dlm 1keluage yg pling bhagia,,,pad suamiku erwan saifuddin bin kasiman hanye kau milikku hingge slamenye,,,

Isnin, 12 November 2012



“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawa
kan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut 

dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

p/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa..,

. Kasih IBU Sepanjang Jalan

Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. ibu menggoncang - goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. beras sudah hampir habis rupanya. pada siapa ibu hendak mengadu? ayah? saya tahu, ibu tidak memikirkan perkara itu. ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. saya lihat ibu ambil sedikit bera
s dari dalam tin susu itu, kemudian masukkannya ke dalam periuk. air dituang sehingga penuh. setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yang sudah tersedia.. bubur nasi itu berasap, seorang demi seorang anaknya dipanggil sehingga adik kami yang paling bongsu. makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga pinggan licin bersih. malam itu kami tidur dengan nyenyaknya. pagi, kami bangun untuk bersarapan dan saya perhatikan ibu menyalakan api untuk memasak. ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. sekali lagi ibu membuat bubur yang cair. seperti smealam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. bubur itu, walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. kami mengadu tidak cukup, tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami. tengah hari itu pun begitu, bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu menadah tangan bersyukur anak 0 anaknya tidak kebuluran. mungkin ibu bersyukur hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup susah, tetapi kami tidak meminta - minta. kemudian, saya lihat ibu berpaling ke belakang. masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik beradik. saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mankik. saya tidak tahu kenapa. adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? atau ibu tidak samapi untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan? perlahan - lahan kakak mengesotkan badannya mendekati ibu. alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa - rupanya ibu hanya melaga - lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. tidak ada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibunya. kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekililingnya. adik - adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. kemudia kami seramai sepuluh beradik,sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu. kami sedih. kami tahu ibu sedang kelaparan, tetapi ibu tidak mahu memberitahu kami. ibu berkorban untuk kami, ibu sengaja melaga - lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami, seolah - olah ibu juga menikmati bubur nasi yang dimasaknya. setelah kami menghadiahkn sesudu bubur, saya lihat ibu mengesot mendekati ibu. kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami berkongsi tadi. " makan lah mak!" kata kakak, perlahan.. ibu berpaling memandang kakak, tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. kami hanya mampu melihat titisan - titisan air mata ibu bercicran di lantai sehingga ke pintu.

Rabu, 7 November 2012

Cinta Tak SemestiNya Memiliki

awak..saat mula kite mula-mula kenal dulu memang sangat indah kan awak..awak ingat tak awak?ke awak dah lupe kan semua ni?satu hari tu saya cakap yang saya cinta awak..awak pun cakap benda yang sama pada saya..saya happy sangat awak..awak ingat tak awak?awak..macam-macam janji awak pada saya kan awak..awak kata awak nak sentiasa bersama dengan saya..awak nak tempuh liku-liku hidup ini dengan saya..awak kata awak nak terus berjuang untuk cinta kita..saya bahagia sangat awak..hari-hari berlalu..cinta saya pada awak tak pernah berkurang pada awak pun..semakin hari semakin saya rindu pada awak..kalau boleh hari-hari saya nak mesej n call awak..tapi takut ganggu awak pulak..sekarang dah  setahun kite bersama kan awak..kenapa saya rase macam dah lain macam awak..saya rase hubungan kita semakin jauh awak..saya rase diri saya makin hilang dalam hati awak..kenapa awak?kenapa...satu hari tu awak call saya..awak kata hubungan kita ni dah tak de pape lagi..kenapa ni awak?ape silap saya?mana janji manis awak yang awak lafazkan dulu?mana kata cinta yang awak kata pada saya dulu?satu hari tu saya nampak awak dengan lelaki lain..saya nampak awak bahagia sangat..lebih bahagia dari kite dulu-dulu..mungkin silap saya kan awak..saya tak dapat bahagia kan awak macam teman awak yang baru tu..saya rase sangat sunyi sekarang ni awak..tapi tak pe awak..saya bahagia tengok awak bahagia sekarang..saya akan sentiasa doa kan awak bahagia..cinta tak semestinya memiliki kan awak?sekian~

Isnin, 5 November 2012

Kisah Seorang Anak Di Dalam Rahim Yang Di Gugurkan .



Bulan 1: Bu , panjang adik cuma 2cm , tp adik


sudah ada dalam
badan ibu .. Adik syg ibu , bunyi degupan
jantung ibu menjadi musik terindah yang mnemani adik disini .. 

Bulan 2: Bu , adik dah boleh merasa jari
jemari , disini terasa hangat bu , nanti kalau
adik dah keluar , ibu janji nanti kita main
sama2 ye .. 

Bulan 3: Bu , biar pun adik blm tau jenis jantina
adik , tp apapun adik harap ibu & ayah bahagia
apabila adik dilahirkan .. Jgn menangis ya bu ,
kalau ibu mnangis , adik juga ikut menangis .. 

Bulan 4: Bu .. rambut adik dah mula tumbuh ,
adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri
dan kanan .. 

Bulan 5: Bu .. tadi jumpa dokter ya , doktor
cakap apa ..? Αpa benda D&E tu bu .? Αdik tak
kan di apa-apa kan ya bu ..? 

Bulan 6: Ibu jumpa dokter tu lagi ya ..?
Bu ,tolong bagi tau doktor tu , adik di sini sihat-
sihat je ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan
benda tajam ..? Benda tajam tu mula
memotong rambut adik , bu tlong adik , adik
takutt .. Benda tajam tu pula memotong kaki adik , sakiittt bu .. Walaupun adik dah tiada
kaki , adik msih ada tangan yg boleh memeluk
ibu .. Bu, kenapa benda itu skrg memotong
tangan adik , ibu tolong adik .. Adik janji tak
akan nakal-nakal dengan ibu .. Tapi , biarpun
adik sudah tiada tangan dan kaki , adik masih ada mata & telinga untuk melihat senyuman
ibu , mendengar suara ibu , tapi .. Benda itu
skrg sdh mula memotong memutuskan leher
adik , ibuuuuuu .. Maaf bu .. Beri lah adik
kesempatan hidup , adik syg ibu , adik teringin
nak memeluk ibu .. 

Bulan 7: Bu , adik di sini sihat-sihat je, adik dah
berjumpa dengan Tuhan di Syurga , Tuhan
telah mengembalikan semua organ tubuh adik
yang dipotong benda tajam itu , Tuhan telah
menyuruh bidadari menjaga , memeluk ,
memegang tangan , menggendong adik dgn lembut , dan lalu Tuhan membisikan memberi
tahu apa itu D&E .. 

Kenapa ibu tetap
melakukannya ..? Kenapa ibu tak nak bermain
dengan adik ..? Αpa salah adik bu ..? Ibu
bertaubat ya , semoga Tuhan menempatkan
ibu di sini , nanti kita main-main disini , dan jangan lupa , ajak ayah juga ya bu .. ♥